Cari:
Malaysia Penuhi Permintaan Minyak Masak Bermutu di China
2016-08-13 15:08:06 CRI Cetak

Malaysia, pembekal minyak sawit utama ke China, akan terus menawarkan minyak makan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan warga China。

Demikian dinyatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong kepada pemberita selepas melancarkan Forum Kesihatan dan Nutrisi Minyak Sawit Kelima di Tianjin, utara China baru-baru ini.

Beliau berkata, Malaysia telah melabur dari segi kewangan dan modal insan untuk lebih mengetahui kesan minyak sawit ke atas kesihatan manusia. Pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan pakar-pakar di China terutamanya dengan Presiden Persatuan Pemakanan Tianjin Profesor Dr Qi Yumei untuk membantu mereka menjalankan ujian dan memberikan pengetahuan kepada kerajaan China.

Mah berkata, Malaysia akan terus memberi sokongan dan meningkatkan penggunaan minyak sawit di China.

Malaysia mempunyai 5.64 juta hektar ladang kelapa sawit dan mengeksport 25.3 juta tan metrik minyak sawit dan produk minyak sawit pada 2015, menjana USD 15.3 bilion dalam pendapatan tukaran asing.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China