Cari:
Serangan Bom di Thailand Bermotifkan Politik
2016-08-13 15:24:49 CRI Cetak

Ketua Polis Thailand, Jen Chaktip Chaijinda semalam menyatakan, beberapa insiden pengeboman dan serangan di wilayah-wilayah di selatan Thailand dalam tempoh 24 jam mungkin bermotifkan politik.

Menurut beliau, kebanyakan wilayah selatan yang terjerumus dalam kancah keganasan menyokong draf perlembagaan baharu semasa pungutan suara pada Ahad lalu.

Chaktip berkata, walaupun alat yang digunakan dalam serangan bom mempunyai persamaan ketara dengan alat yang digunakan oleh militan Thai di selatan, pihak berkuasa tidak dapat membuat kesimpulan dan perlu membuat siasatan lanjut.

Serangan bom dan perbuatan khianat di ketujuh-tujuh wilayah di selatan Thailand dalam tempoh 24 jam lepas menyebabkan empat orang maut dan 35 lagi cedera termasuk 10 pelancong asing.

Tambah lagi, polis Thai menyalahkan sabotaj sebagai punca insiden keganasan dan pengeboman dan menolak sebarang kaitan dengan keganasan antarabangsa. Pihak berkuasa berikrar mengambil tindakan undang-undang untuk memberkas pesalah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China