Cari:
Karya Klasik Hikayat Jelajah ke Barat Bakal Dipersembahkan di Malaysia
2016-08-15 11:52:02 CRI Cetak

Dengan sokongan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan Malaysia, Pusat Kebudayaan Han Malaysia telah menawarkan kursus pementasan drama kepada guru-guru sekolah rendah dan merancang untuk mengadakan pementasan drama, adaptasi daripada karya agung Cina, Hikayat Jelajah ke Barat.

Naskhah agung tersebut bakal dilakonkan oleh murid sekolah rendah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Ini merupakan kali pertama karya klasik Cina, Hikayat Jelajah ke Barat diterjemah kepada bahasa Melayu dan dipersembahkan dalam bentuk drama.

Menurut maklumat, Pertandingan Drama SJKC bakal dianjurkan buat julung-julung kalinya di Malaysia pada 12 November ini.

Penyertaan telah dibuka kepada 149 SJKC di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Setakat ini, sudah terdapat 10 buah sekolah berminat untuk menyertai pementasan tersebut.

Mereka bakal mementaskan karya tersebut dalam bahasa Melayu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China