Cari:
Industri Pelancongan Thailand Mula Rasa Bahana Keganasan
2016-08-15 11:01:52 CRI Cetak

Thailand mula terasa kesan buruk yang menimpa industri pelancongannya beberapa hari selepas satu siri letupan bom berlaku di pusat utama pelancongan di Hua Hin, Phuket dan Phang Nga, yang meragut empat nyawa dan mencederakan 35 orang, termasuk 35 pelancong asing.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi suasana kacau-bilau dan mengarahkan agar kawalan keselamatan ditingkatkan di tempat tumpuan awam dan tarikan pelancong di seluruh negara.

Pentadbiran Prayut menjangkakan kira-kira 30 juta pelancong asing bakal melawat ke Thailand tahun ini, sebahagian besarnya dari China.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China