Cari:
Chen Xiaodong: ASEAN Sahabat dalam Pembinaan Laluan Sutera Maritim
2016-08-17 14:26:44 CRI Cetak

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong ketika menyampaikan ucapan dalam "Forum Perniagaan Serantau Singapura: Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" semalam telah menjelaskan peluang dan ruang kerjasama antara China dengan negara ASEAN yang berlatarbelakangkan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Chen Xiaodong berkata, negara ASEAN merupakan sahabat yang sering diutamakan oleh China dalam pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

Tahun ini merupakan tahun pertama setelah penubuhan Komuniti ASEAN dan juga Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN.

Sehubungan dengan itu, pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 bakal menempuhi peluang penting yang baharu.

Beliau berkata, potensi kerjasama antara China dengan Singapura dalam kerangka B&R amat besar dan mempunyai prospek yang cerah.

Kedua-dua negara perlu mengutamakan projek-projek kesalinghubungan strategik Chongqing, terus membincangkan model kerjasama tiga pihak atau pelbagai pihak dan memainkan peranan penting dalam pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China