Cari:
HSR Malaysia-Singapura Tawarkan Tender Minggu Depan
2016-08-20 14:31:20 CRI Cetak

Menurut kenyataan bersama Syrikat Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, projek HSR Malaysia-Singapura akan menawarkan tender secara terbuka pada 22 Ogos untuk mencari rakan peneroka bersama.

Menurut kenyataan itu, rakan peneroka bersama perlu memberikan sokongan penyeliaan demi projek HSR tersebut, menyerahkan cadangan dalam bidang teknologi dan pembelian, serta menetapkan standard teknologi dan keselamatan HSR Malaysia-Singapura.

Malaysia dan Singaprua memeterai memorandum persefahaman (MoU) HSR Malaysia-Singapura pada 19 Julai lalu yang merancang untuk membina landasan HSR sepanjang 350 kilometer yang menyambungkan Singapura dengan Kuala Lumpur. Kelajuan tertingginya dijangka melebihi 300 kilometer sejam. Projek yang diperuntukkan dana lebih USD15 bilion (RM59.8 bilion) ini dijangkan akan beroperasi pada tahun 2026.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China