Cari:
PM Singapura Bercuti Seminggu
2016-08-23 13:12:51 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan bercuti selama seminggu bermula pada 22 hingga 29 Ogos ini atas nasihat doktor.

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean akan menyandang jawatan pemangku perdana menteri dalam tempoh tersebut.

Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO), selepas menjalani pemeriksaan secara menyeluruh, doktor telah mengesahkan bahawa Lee mengalami simptom kepeningan berikutan tekanan darah yang rendah selepas berdiri terlalu lama, keletihan dan dehidrasi.

Selain itu, jantung beliau disahkan sihat dan tidak mengalami strok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China