Cari:
Kerajaan Filipina, NDFP Pulihkan Rundingan Damai
2016-08-23 16:29:50 CRI Cetak

Kerajaan Filipina dan Barisan Demokratik Kebangsaan (NDFP) pimpinan Parti Komunis Filipina memulihkan rundingan damai di Oslo, Norway semalam, dalam usaha untuk menamatkan konfrontasi antara kedua-dua pihak yang sudah berlarutan selama berpuluh-puluh tahun.

Ketua perunding delegasi kerajaan Filipina yang juga Setiausaha Buruh dan Guna Tenaga, Silvestre Bello berkata kepada pemberita, kedua-dua pihak dalam rundingan itu telah mencapai konsensus tentang usaha-usaha untuk mempercepat proses damai dan dijangka memeterai perjanjian perdamaian dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan akan datang.

Ketua perunding NDFP, Luis Jalandoni pula berkata, situasi semasa pada ketika ini amat kondusif bagi mendorong proses damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China