Cari:
Brunei, Negara Tema Ekspo China-ASEAN 2017
2016-08-24 14:19:08 CRI Cetak

Brunei diundang menjadi negara tema bagi Ekspo China-ASEAN ke-14 yang akan berlangsung di Nanning, selatan China pada September 2017.

Selaku negara tema buat kali kedua, Brunei akan diberikan keutamaan untuk mempromosikan produk-produk istimewa negara itu sepanjang ekspo tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ІІ, Dato Seri Setia Lim Jock Seng berjanji bahawa pihaknya akan mengintensifkan sinergi dengan pelbagai pihak bagi menjayakan kerja-kerja persiapan ekspo berkenaan.

Sejak 2004, Brunei telah menjadikan ekspo berkenaan sebagai medan untuk memperkenalkan makanan halal, kraf tangan, barangan elektrik dan perkhidmatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China