Cari:
Pengalaman Naiki HSR Serikan Kembara Muhibah
2016-08-24 17:20:18 CRI Cetak

Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China (MCFA), Dato' Abdul Majid Ahmad Khan berharap agar kerjasama antara Kuala Lumpur dengan Beijing dapat diperkasakan menerusi program pertukaran dalam kalangan rakyat.

Harapan itu diluahkan beliau selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Beijing dengan Tianjin semasa menyertai aktiviti "Kembara Muhibah Malaysia-China" yang bermula pada 20 hingga 24 Ogos.

Menurut beliau, program seumpama itu membolehkan rakyat Malaysia mengetahui pencapaian cemerlang China dalam membangunkan projek HSR, sekali gus mempamerkan kemodenan kuasa besar tersebut kepada masyarakat setempat.

Tambah beliau lagi, dengan teknologi canggih yang setanding Eropah dan Jepun, China kini semakin berdaya saing di peringkat global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China