Cari:
Forum Laluan Sutera Maritim China-Indonesia Fokus Peluang Perniagaan Baharu
2016-08-26 14:40:57 CRI Cetak

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning menyampaikan ucapan dalam Forum Laluan Sutera Maritim China-Indonesia Kedua

Forum Laluan Sutera Maritim China-Indonesia kali ke-2 yang diadakan di Jakarta semalam memfokuskan peluang perniagaan baharu daripada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

Kaunti Pan di provinsi Guizhou, barat daya China, turut mempromosikan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat Indonesia.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning dalam ucapannya pada forum itu berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN terus memperlihatkan kedinamikan pada tahun ini.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, pelaburan ASEAN di China meningkat 45.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, manakala pelaburan langsung China di rantau ASEAN juga naik sebanyak 21.5 peratus.

Indonesia, yang merupakan negara paling ramai populasi di rantau ASEAN, adalah rakan kerjasama yang penting bagi syarikat China dalam sektor perindustrian.

Syarikat-syarikat serantau diharap dapat memanfaatkan peluang daripada penubuhan AEC dan pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 bagi mengintensifkan lagi kerjasama perniagaan antara satu sama lain.

Naib Presiden Eksekutif Dewan Perniagaan Cina Indonesia, Abdul Alek Soelystio

Naib Presiden Eksekutif Dewan Perniagaan Cina Indonesia, Abdul Alek Soelystio pula berkata, kerjasama ekonomi dan interaksi budaya antara Indonesia dengan China telah mempamerkan perkembangan yang semakin utuh seiring dengan globalisasi ekonomi dan kemajuan teknologi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China