Cari:
Minggu Kebudayaan Zhangzhou di Melaka
2016-08-29 14:57:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Minggu Kebudayaan Zhangzhou, antara siri aktiviti sempena Festival Kebudayaan Minnan Dunia (Melaka) 2016 telah diadakan di bandar Melaka, Malaysia pada 28 Ogos lalu.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Jawatankuasa Bandar Zhangzhou, provinsi Fujian, China, Wang Lili dalam ucapan tahniahnya berkata, yang paling menarik dalam kebudayaan Minnan (di selatan provinsi Fujian) ialah konsep budaya yang terbuka, sikap yang progresif serta semangat keamanan.

Minggu Kebudayaan Zhangzhou diharap dapat mengeratkan komunikasi dan pertukaran antara perantau China dan orang keturunan Cina dari Asia Tenggara bahkan seluruh dunia dalam bidang kebudayaan, sekali gus memberikan lebih banyak peluang bagi pembangunan dan pewarisan budaya Minnan pada masa depan.

Dalam tempoh Minggu Kebudayaan Zhangzhou, pameran warisan budaya bukan kebendaan yang merangkumi kraf tangan sulaman Zhangzhou, boneka, potongan kertas dan lain-lain telah diadakan di Muzium Kebudayaan Cheng Ho Melaka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China