Cari:
Kereta Api Buatan China Jalani Operasi Percubaan di Bangkok
2016-08-30 14:14:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Thailand perlu mewujudkan modenisasi dalam perkhidmatan kereta api untuk meningkatkan kesalinghubungan dengan negara-negara jiran, bahkan negara-negara di Eropah pada masa depan.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran operasi percubaan kereta api jenis Meter Gauge (MG) buatan China di stesen kereta api Thailand pada 29 Ogos lalu.

Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisit memaklumkan bahawa Thailand telah membeli 115 unit gerabak dan lokomotif kereta api jenis MG yang bernilai USD144 juta (kira-kira RM582.89 juta) dari Syarikat Kenderaan Kereta api Changchun Berhad (CNR CRC).

Kereta api jenis MG buatan China tersebut akan meningkatkan tahap keselesaan dan modenisasi bagi perkhidmatan kereta api Thailand. Laluan dari Bangkok ke Chiang Mai dengan menggunaakan kereta api jenis MG baharu tersebut dijadualkan beroperasi secara rasmi di Bangkok pada bulan Oktober depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China