Cari:
Kerajaan Filipina, NDFP Bakal Sepakati Perjanjian Gencatan Senjata
2016-08-30 15:16:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Filipina dan Barisan Demokratik Kebangsaan Filipina (NDFP) pimpinan Parti Komunis Filipina akan memuktamadkan perjanjian gencatan senjata dalam tempoh dua bulan akan datang.

Demikian dinyatakan Penasihat Presiden Filipina mengenai Proses Damai, Jesus G.Dureza dalam sidang media di Lapangan Terbang Manila pada 29 Ogos lalu.

Dureza berkata, kedua-dua pihak perlu mencapai satu lagi perjanjian sementara gencatan senjata untuk mencipta suasana yang mesra bagi memastikan kejayaan rundingan damai.

Beliau mendedahkan bahawa kerajaan Filipina dan NDFP akan berusaha mencapai perjanjian gencatan senjata dua hala dalam tempoh 60 hari yang akan datang dan menetapkan pihak yang akan menjadi penyelaras serta langkah-langkah yang akan diambil sekiranya pertempuran tercetus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China