Cari:
108 Pelajar Myanmar Lanjut Pelajaran di China
2016-08-30 15:34:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kedutaan Besar China di Myanmar mengadakan jamuan perpisahan pada 29 Ogos lalu bagi meraikan 108 orang pelajar Myanmar yang memperoleh biasiswa kerajaan China.

Majlis tersebut turut dihadiri anggota keluarga dan tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat China dan Myanmar.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang ketika berucap dalam majlis tersebut turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Myanmar yang terpilih dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di China.

Hong memaklumkan, China menyediakan hampir 2,000 kuota untuk pelajar Myanmar melanjutkan pelajaran dan menerima latihan di China melalui saluran kerajaan, parti politik, tentera dan kerajaan tempatan.

China bersedia untuk terus meningkatkan bantuan dalam bidang pendidikan dan memberikan sokongan kecerdasan kepada pembangunan sosioekonomi Myanmar pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China