Cari:
Jumlah Kes Virus Zika di Singapura Meningkat
2016-08-30 11:51:32 CRI Cetak

Kementerian Kesihatan Singapura malam tadi mengumumkan bahawa terdapat 15 kes lagi penularan virus Zika di Singapura, dengan jumlah keseluruhan kes Zika di republik itu mencatat 56 kes.

Menurut maklumat, daripada 15 kes tersebut, dua kes melibatkan buruh di tapak pembinaan di kawasan timur Singapura yang kini dilaporkan sudah sembuh, manakala 13 lagi adalah penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan bahawa pihak hospital telah menjalankan pemeriksaan terhadap buruh-buruh di tapak pembinaan tersebut yang disyaki telah dijangkiti virus Zika.

Sehubungan dengan itu, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura telah memulakan operasi pemeriksaan besar-besaran terhadap nyamuk aedes di kawasan berkenaan serta mengambil langkah untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarkan virus berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China