Cari:
Menteri Pertahanan China dan Vietnam Adakan Rundingan di Beijing
2016-08-30 16:54:38 CRI Cetak

Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan dan rakan sejawatnya daripada Vietnam, Ngo Xuan Lich telah mengadakan rundingan di Beijing hari ini.

Chang Wanquan berkata, China dan Vietnam adalah jiran, sahabat dan rakan seperjuangan yang baik. China bersedia untuk bersama-sama dengan Vietnam melaksanakan persepakatan yang dicapai Presiden China, Xi Jinpin dan Presiden Vietnam, Nguyễn Phú Trọng secara komprehensif, meningkatkan pertukaran lawatan tentera peringkat tinggi dan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau berharap agar kedua-dua pihak memandang perselisihan dengan lebih objektif dan menanganinya dengan baik demi menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

Ngo Xuan Lich pula berkata, pihaknya bersedia untuk meningkatkan persepakatan, persahabatan dan kerjasama antara tentera kedua-dua negara supaya menjadi tunggak dalam hubungan bilateral, di samping membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China