Cari:
Vietnam dan Singapura Intensifkan Kerjasama Bilateral
2016-08-31 11:49:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Vietnam, Tran Dai Quang mengakhiri lawatan rasmi yang berlangsung selama tiga hari di Singapura pada 30 Ogos lalu.

Dalam tempoh lawatan ini, Tran Dai Quang mengadakan pertemuan secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Tony Tan Keng Yan dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Pemimpin kedua-dua negara berpendapat bahawa kerjasama kedua-dua pihak perlu diintensifkan untuk memperkukuh hubungan yang baik antara Vietnam dan Singapura.

Menurut pengumuman Kementerian Luar Singapura, kedua-dua pihak sebulat suara menyetujui meningkatkan interaksi dan pertukaran antara wakil-wakil dari pelbagai peringkat, pegawai kerajaan dan rakyat kedua-dua negara, di samping memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Tran Dai Quang menyatakan bahawa Vietnam harus menimba pengalaman daripada Singpaura untuk memajukan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China