Cari:
Kedutaan China di Malaysia Derma RM110 Ribu kepada Lima SJKC
2016-08-31 13:42:24 CRI Cetak

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang telah menderma wang sebanyak RM110 ribu kepada lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kuala Lumpur semalam. Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti muhibah China ini bukan sahaja menyasarkan kepada golongan Cina tetapi juga kepada semua kaum Malaysia.

Huang Huikang memaklumkan bahawa Universiti Xiamen Cawangan Malaysia telah menawarkan biasiswa Duta Besar China setiap tahun kepada 10 mahasiwa-mahasiswi yang cemerlang yang tidak mengira kaumnya.

31 Ogos Hari Kebangsaan Malaysia. Huang Huikang menyatakan bahawa dalam tempoh lebih 20 tahun lalu, Malaysia telah berkembang menjadi sebuah negara moden yang sederhana dan mencapai kejayaan yang amat besar. Sebagai jiran yang bersahabat, China dengan ikhlas berharap Malaysia merealisasikan status negara maju menjelang tahun 2020. China berharap Malaysia makmur dan rakyat sejahtera, serentak itu hubungan persahabatan China-Malaysia semakin kukuh dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China