Cari:
China Sedia Mainkan Peranan Membina demi Permuafakatan Bangsa Myanmar
2016-09-02 11:03:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China mengucapkan tahniah atas perasmian sidang damai Myanmar yang juga Sidang Panglong Abad ke-21 yang telah diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 31 Ogos lalu.

Kementerian Luar China, Hua Chunyin menyatakan demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua berkata, China, yang turut menghantar Utusan Khas bagi Hal Ehwal Rantau Asia Kementerian Luar China, Sun Guoxiang untuk menghadiri sidang tersebut, bersedia untuk terus memainkan peranan yang membina demi permuafakatan bangsa di Myanmar. Semua pihak yang terlibat diharap dapat menyelesaikan perselisihan pendapat melalui dialog politik secara damai bagi mewujudkan gencatan senjata di seluruh negara dengan secepat mungkin, sekali gus mencipta syarat untuk merealisasikan keamanan yang berkekalan di negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China