Cari:
Pertemuan Ban Ki Moon, Duterte Dibatalkan
2016-09-02 15:19:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merancang untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam tempoh Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal diadakan di Laos.

Namun, PBB dan kerajaan Filipina semalam masing-masing menyatakan bahawa kedua-dua pihak tidak dapat mengadakan pertemuan dalam tempoh tersebut atas alasan kekangan masa.

Jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Ernesto Abella mengesahkan bahawa Presiden Duterte tidak dapat bertemu dengan Ban Ki-moon. Menurut beliau, Presiden mempunyai alasan sendiri untuk tidak bertemu dengan beberapa pemimpin dan pihak-pihak berkenaan tidak perlu cuba meneka hubungan Filipina dengan PBB.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China