Cari:
PLA Sertai Latihan Ketenteraan Bersama ADMM Plus
2016-09-02 15:02:41 CRI Cetak

Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menyertai latihan ketenteraan bersama bantuan kemanusiaan, bencana dan perubatan anjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM Plus) telah tiba di Thailand dengan menaiki Kapal Pendarat Amfibia Changbaishan dan Pesawat Pengangkut Yun-9.

Pasukan PLA yang menyertai latihan kali ini berjumlah 120 orang, di samping dua Helikopter M-171 dan sebuah Helikopter Z-8 yang dibawa oleh Kapal Pendarat Amfibia Changbaishan.

Menurut maklumat, latihan ketenteraan tersebut dijalankan di Bangkok, Chon Buri dan kawasan perairan di sekitarnya pada 1 hingga 11 September.

Selain China, terdapat 18 buah negara anggota ADMM Plus telah menghantar kira-kira 1,200 anggota tentera untuk menyertai latihan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China