Cari:
Pakar Filipina Harap Sidang Kemuncak G20 Capai Pelbagai Hasil
2016-09-02 16:01:45 CRI Cetak

Pakar Hubungan Antarabangsa Universiti De La Salle Filipina, Profesor Richard Heydarian ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarbangsa China (CRI) menyatakan bahawa beliau berharap agar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) akan mencapai pelbagai hasil, khususnya dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan kerjasama antikeganasan.

Tambah Heydarian, China akan terus memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan mengeluarkan langkah-langkah konkrit dalam pembinaan B&R serta menggalakkan perdagangan bebas.

Ketika membicarakan tentang isu antikeganasan, beliau menyatakan bahawa kekuatan kumpulan pelampau dan pengganas antarabangsa termasuk kumpulan militan Negara Islam(IS) telah membawa ancaman yang semakin besar kepada rantau Asia Tenggara, namun perkara tersebut tidak mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Joko Widodo, Presiden Indonesia yang menjadi satu-satunya negara ASEAN sebagai anggota G20, akan menyeru agar kerjasama antikeganasan terus diperkasakan dalam sidang kali ini. Heydarian juga berharap agar China dapat menggalakkan sidang kali ini mencapai hasil dalam usaha tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China