Cari:
Sidang Kemuncak G20 Diharap Pacu Ekonomi Rantau dan Dunia
2016-09-03 13:27:28 CRI Cetak

Beberapa pakar ekonomi terkemuka dari Vietnam memberikan sokongan padu dan meletakkan harapan yang tinggi kepada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 ke-11 (G20) yang bakal membuka tirainya di Hangzhou, China, esok, agar mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi rantau, malah seantero dunia.

Mantan Ketua Institut Pengajian China di Akademi Sains dan Sosial Vietnam, Do Tien Sam berkata, dalam persekitaran ekonomi global yang masih lembap, sidang kemuncak kali ini diyakini mampu menggesa pelbagai entiti ekonomi di dunia seperti China, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan sesetengah negara dari Kesatuan Eropah (EU) agar mengambil tindakan yang memupuk persefahaman antara satu sama lain dalam bidang politik demi memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan kebudayaan dan pendidikan.

Menurut pakar ekonomi negara itu, Le Dang Doanh, yang juga anggota Jawatankuasa Dasar Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertemuan 20 entiti ekonomi utama yang dihoskan oleh China kali ini mencerminkan kedudukan negara itu sebagai kuasa besar dunia. Beliau yakin akan kemampuan China untuk menyelaras kepentingan semua pihak supaya lebih banyak hasil dapat dicapai sepanjang sidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China