Cari:
China Menentang Sebarang Bentuk Keganasan
2016-09-04 11:24:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 71 lagi cedera dalam satu letupan bom yang berlaku di bandar Davao, Filipina pada malam 2 September lalu.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam menyatakan bahawa China menentang sebarang keganasan dalam apa-apa jua bentuk. Beliau yakin kerajaan Filipina, yang diterajui Presiden Rodrigo Duterte, akan mengambil langkah mustahak untuk memulihkan keamanan di bandar Davao dengan secepat mungkin.

Hua berkata, China amat terkejut dengan insiden keganasan tersebut dan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China