Cari:
Indonesia Mahu Timba Pengalaman China
2016-09-05 14:59:29 CRI Cetak

Sebagai satu-satunya negara anggota Kumpulan 20 (G20) dalam ASEAN, kehadiran Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou amat dinanti-nantikan.

Kepala Badan Korodinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Thomas Lembong, ketika diwawancara wartawan CRI baru-baru ini berkata, Indonesia akan bersikap terbuka dan inklusif, menimba pengalaman pembangunan dari China dan berkongsi ekonomi yang inklusif dengan seluruh dunia.

Setibanya di Hangzhou, Presiden Jokowi telah bergegas ke ibu pejabat Syarikat Alibaba.

Lembong berkata, pengalaman syarikat itu amat berharga bagi Indonesia.

E-dagang akan mengintensifkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negaranya.

Selain itu, pembinaan infrastruktur juga merupakan aspek yang penting bagi Indonesia.

Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandong bukan sahaja menjadi simbol kemajuan teknologi China, malah menjadi simbol kerjasama dan persahabatan antara Indonesia dengan China.

Beliau berharap agar para pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak G20 kali ini mencapai hasil yang positif dan memberikan perhatian khusus mengenai cadangan yang dikemukakan oleh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China