Cari:
Kes Zika di Singapura Cecah 275
2016-09-07 14:48:22 CRI Cetak

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), setakat tengah hari semalam, keseluruhan kes Zika di negara itu mencecah 275, meningkat 17 kes berbanding dengan hari sebelumnya.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Laos menyeru negara-negara ASEAN agar meningkatkan kerjasama untuk mengawal penularan virus tersebut.

Menurut beliau, nyamuk aedes yang membawa virus Zika telah membiak di Asia Tenggara, maka tidak mustahil Zika bakal menjadi wabak di rantau ini.

Negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dan bersiap siaga dalam usaha mencegah penularan virus tersebut dalam jangka masa panjang bagi memastikan kesalinghubungan perdagangan di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China