Cari:
Campur Tangan Jepun dan AS Cemari Keamanan LCS
2016-09-09 11:47:42 CRI Cetak

China menyelar tindakan segelintir negara dari luar rantau yang bertegas mahu membawa keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan (LCS) ke meja rundingan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Vientiane, Laos, semalam.

Kritikan itu diutarakan Naib Menteri Luar China, Liu Zhemin ketika sidang media selepas sidang tersebut.

Liu menyifatkan sidang itu amat berhasil kerana China dan negara anggota ASEAN menemui satu pendekatan yang relevan untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di LCS serta menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Walau bagaimanapun, tindakan Amerika Syarikat dan Jepun yang tetap berdegil membangkitkan semula keputusan PCA itu sepanjang sidang berkenaan adalah bertentangan dengan situasi rantau, sekali gus mencemari usaha gigih pihak-pihak berkepentingan dalam menggerakkan perbincangan demi menyelesaikan pertikaian secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China