Cari:
Kerjasama China-Indonesia Temui Formula Baharu
2016-09-09 15:19:02 CRI Cetak

Cara yang paling ideal untuk memperkasakan kerjasama antara China dengan Indonesia dalam bidang ekonomi dan perdagangan adalah menerusi langkah-langkah menyepadukan penggunaan sumber tenaga dengan perkongsian kapasiti industri.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Setiausaha Dewan Perniagaan China Indonesia, Du Gui ketika diwawancara Agensi Berita China baru-baru ini.

Menurut beliau, simpanan bijih nikel laterit di Indonesia mencatat 12 peratus daripada jumlah keseluruhan mineral mentah itu di dunia.

Manakala, tahap permintaan China terhadap bijih nikel laterit keluaran Indonesia pernah mencecah 55 peratus.

Tambah beliau lagi, kapasiti pengeluaran bijih nikel di Indonesia dalam tempoh setahun hanya lebih kurang 80 ribu tan.

Berdasarkan unjuran, menjelang penghujung tahun 2017, kapasiti pengeluaran mineral berkenaan, yang disumbang oleh China di negara itu, dijangka akan meningkat kepada 300 ribu tan.

Perkongsian kapasiti pengeluaran juga akan merangsang pertumbuhan eksport mineral mentah Indonesia.

Du Gui berpendapat, insiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) membuka lembaran baharu kepada kedua-dua negara ini dalam menjayakan kerjasama kapasiti industri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China