Cari:
China-ASEAN Bincang Pembinaan Pelabuhan Maklumat
2016-09-12 15:09:46 CRI Cetak

Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN ke-2 dirasmikan di Nanning, wilayah Guangxi semalam. Lebih 500 orang wakil dari jabatan kerajaan dan perusahaan internet dari China dan negara-negara ASEAN mengadakan perbincangan mengenai pembinaan pelabuhan maklumat China-ASEAN.

Naib Ketua Pengarah Pejabat Maklumat Internet Negara China, Zhuang Rongwen telah mengemukakan empat cadangan bagi mendorong pembinaan pelabuhan maklumat China-ASEAN dan mengintensifkan kerjasama internet China-ASEAN.

Beliau berkata, pelbagai pihak perlu terus mendorong kesalinghubungan jaringan dan maklumat, mengurangkan bahkah membasmikan jurang digital, menghasilkan produk kebudayaan internet yang unggul, membanteras keganasan dan jenayah siber, melindungi keselamatan maklumat peribadi, mendorong pembinaan keselamatan internet dan menjaga keselamatan internet serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China