Cari:
China, Brunei Sepakat Tingkatkan Hubungan Kerjasama Strategik ke Tahap Baharu
2016-09-15 15:31:10 CRI Cetak

China dan Brunei bersedia meningkatkan pertukaran peringkat tinggi, terus memperkukuh rasa saling mempercayai dalam politik bagi mendorong hubungan kerjasama strategik kedua-dua negara berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei merangkap Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan ІІ (Kedua), Dato Seri Setia Lim Jock Seng, dan Menteri Tenaga dan Perindustrian Brunei, Dato Seri Setia Mohammad Yasmin Umar di Beijing semalam.

Wang Yi berkata, China sentiasa mengangap Brunei sebagai sahabat yang baik dan rakan kerjasama serantau yang dipercayai.

China bersedia untuk menggabungkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi pembangunan "Wawasan Brunei 2035" bagi menyuntik kedinamikan baharu kepada kerjasama kedua-dua pihak.

Wang Yi juga menyanjung tinggi pendirian Brunei yang objektif dan saksama dalam isu Laut China Selatan. Beliau berkata, Brunei telah memainkan peranan yang penting dalam memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan dan serantau.

Lim Jock Seng dan Mohammad Yasmin Umar masing-masing menyatakan bahawa kerajaan Brunei amat mementingkan hubungan dengan China, dan bersedia untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, infrastruktur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pendidikan dan kebudayaan.

Selain itu, Brunei juga bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan China untuk melaksanakan konsensus penting yang telah dicapai dalam Sidang Kerjasama Asia Timur mengenai kerjasama ASEAN-China bagi memastikan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan terus dipelihara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China