Cari:
Vietnam: HK Diharap Lebih Aktif Terlibat dalam Kerjasama dengan ASEAN
2016-09-15 15:56:17 CRI Cetak

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc semalam melahirkan harapan supaya Hong Kong dapat terlibat secara lebih aktif dalam kerjasama dengan ASEAN pada masa depan.

Beliau berkata, syarikat Hong Kong dialu-alukan melabur di Vietnam, dan menerokai ruang kerjasama dalam bidang kewangan, insurans, pengangkutan, penerbangan dan pemprosesan produk pertanian di negara itu.

Nguyen Xuan Phuc berkata, pertumbuhan ekonomi Vietnam kekal stabil dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan mencatat 6.5 peratus pada tahun 2015, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita pula mencapai USD5,600.

Menurut beliau, jumlah perdagangan antara Vietnam dengan China dijangka akan mencatat USD100 bilion pada tahun ini.

Pemangku Ketua Ekskutif Hong Kong, Rimsky Yuen pula menyatakan bahawa Vietnam ialah rakan ASEAN yang penting bagi Hong Kong, hubungan kedua-dua pihak semakin berkembang dengan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China