Cari:
Hampir 70 Peratus Rakyat Puas Hati Prestasi Jokowi
2016-09-15 16:13:52 CRI Cetak

Hasil kaji selidik terkini yang dijalankan Pusat Penyelidikan Strategik Antarabangsa Indonesia pada bulan Ogos lalu menunjukkan bahawa kira-kira 66.5 peratus rakyat Indonesia berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam tempoh dua tahun ini.

Angka tersebut meningkat berbanding 50.6 peratus, yang diumumkan pada bulan Oktober tahun lalu.

Orang ramai dilaporkan berpuas hati dengan prestasi pentadbiran kerajaan Jokowi dalam empat aspek, iaitu ekonomi, kehakiman, politik dan hal ehwal maritim.

Dalam bidang ekonomi, 68.2 peratus responden yakin akan kemampuan pentadbiran Jokowi untuk menyelesaikan penaiktarafan rancangan keselamatan makanan, manakala 66.9 peratus lagi berkeyakinan dalam usaha membangunkan sektor perindustrian negara.

Selain itu, kira-kira 58.8 peratus responden pula berpuas hati terhadap rancangan peningkatan pelaburan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi masih merupakan cabaran terbesar bagi pentadbiran kerajaan Jokowi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China