Cari:
Tebuasan Norway Dibebaskan Abu Sayyaf
2016-09-18 14:31:03 CRI Cetak

Pihak tentera Filipina semalam mengesahkan bahawa tebuasan warga Norway, Kjartan Sekkingstad telah dibebaskan oleh kumpulan bersenjata antikerajaan Abu Sayyaf di Indan, provinsi Sulu, selatan Filipina.

Jurucakap Pusat Komando Mindanao, Filemon Tan berkata, kebebasan tebusan itu hasil serangan bertubi-tubi tentera kerajaan terhadap Abu Sayyaf.

Tebusan warga Norway tersebut diculik bersama seorang warga Filipina dan dua orang warga Kanada oleh kumpulan Abu Sayyaf di sebuah resort mewah di selatan Filipina pada 21 September 2015.

Tebusan Filipina telah dibebaskan bulan Jun lalu, manakla dua warga Kanada telah dibunuh masing-masing pada bulan April dan Jun tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China