Cari:
Filipina Digesa Tunjuk Keikhlasan
2016-09-20 17:02:51 CRI Cetak

China menggesa Filipina agar benar-benar menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan pertikaian menerusi dialog berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling mempercayai.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang sebagai membalas kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Perfecto Yasay, di Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan bahawa masih belum tiba waktunya untuk berbincang dengan China mengenai isu pertikaian wilayah.

Yasay turut mendakwa Filipina hanya akan mengadakan rundingan dengan China tentang isu Laut China Selatan berdasarkan keputusan timbang tara.

Lu menegaskan bahawa pendirian China adalah jelas, iaitu China tetap mahukan sebarang perselisihan diselesaikan melalui rundingan damai.

Selain itu, pintu dialog dua hala sentiasa terbuka untuk Filipina.

China berharap agar Filipina membuktikan keikhlasan untuk mengadakan dialog bagi mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China