Cari:
Hubungan Dingin Pelabur dan Pelancong China terhadap Filipina Pulih
2016-09-21 16:02:39 CRI Cetak

Hubungan dingin pelabur dan pelancong China terhadap Filipina mulai pulih berikutan usaha Presiden baharu Filipina, Rodrigo Duterte untuk menjernihkan hubungan dengan China.

Presiden Kehormat Dewan Perniagaan dan Industri Filipina (PCCI), Francis Chua dalam temu bual dengan wartawan baru-baru ini berkata, sebuah kapal persiaran yang membawa kira-kira 2,000 pelancong dan pelabur China dijangka tiba di Filipina dalam jangka masa terdekat.

Menurut beliau, usaha kerajaan baharu Filipina untuk memulihkan hubungan dengan China bakal membawa banyak kebaikan kepada syarikat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China