Cari:
China Hargai Kerjasama Kemboja Banteras Jenayah Siber
2016-09-22 13:13:50 CRI Cetak

China merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kemboja kerana mengamalkan dasar Satu China serta kesediaan negara itu untuk bekerjasama bagi membanteras jenayah siber dan penipuan melalui panggilan telefon.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam.

Menurut beliau, pihak China akan mengambil tindakan di sisi undang-undang ke atas suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Kerjasama itu merupakan sumbangan penting kepada usaha pembanterasan jenayah siber dan penipuan melalui panggilan telefon demi melindungi kepentingan rakyat serantau.

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China