Cari:
Pameran Perdagangan China-ASEAN (Thailand) ke-6 di Bangkok
2016-09-26 14:53:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pameran Perdagangan China-ASEAN (Thailand) sempena Pameran Komoditi Jenama China (Thailand) ke-7 telah diadakan di Bangkok, Thailand pada 22 hingga 24 September lalu.

Xu Haitao, Pengurus Jabatan Perdagangan Luar Kementerian Perdagangan China yang merupakan pihak penganjur pameran kali ini berkata, Thailand merupakan hab perdagangan utama di rantau ASEAN. Kerajaan China amat mengutamakan hubungan perdagangan dengan Thailand dan negara-negara lain di rantau ASEAN. China dan Thailand diharap dapat memperluas kerjasama dua hala bagi mempercepat penaiktarafan kerjasama ekonomi, khususnya dalam pembinaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R).

Pameran kali ini turut disertai oleh lebih 400 syarikat dari provinsi Guangdong, Yunnan, Sichuan dan Hubei, China, yang terdiri daripada syarikat pengeluar barangan elektrik bagi kegunaan rumah, perabot, hiasan lampu, alat permainan dan bahan makanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China