Cari:
China, Vietnam Kekalkan Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-09-27 11:14:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam (MPS) China, Guo Shengkun dalam tempoh lawatan rasminya ke Vietnam telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc serta mempengerusikan Mesyuarat MPS China-Vietnam ke-5 mengenai kerjasama pembanterasan jenayah di Hanoi, Vietnam pada 23 hingga 26 September lalu.

Tran Dai Quang, semasa pertemuan dengan Guo Shengkun berkata, selaku negara tetangga tradisional, Vietnam dan China mempunyai kepentingan bersama. Vietnam bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan China bagi melaksanakan konsensus penting yang telah dicapai oleh pemimpin peringkat tinggi kedua-dua negara, sekali gus menggalakkan perkongsian strategik komprehensif Vietnam-China.

Nguyen Xuan Phuc pula berkata, negaranya berharap dapat mengekalkan kekerapan pertukaran dan memperluas kerjasama pragmatik dalam bidang politik, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan maritim.

Guo Shengkun dalam pertemuan tersebut berkata, China akan terus mengintensifkan kerjasama dengan Vietnam dalam pelbagai bidang, seperti keselamatan penguatkuasaan undang-undang dan membina komuniti berkongsi nasib bersama bagi menggalakkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara terus berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China