Cari:
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan RRC ke-67 Kedutaan Besar China di Singapura
2016-09-27 14:17:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kedutaan Besar China di Singapura mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-67 penubuhan Republik Rakyat China (RRC) pada malam 26 September lalu.

Majlis sambutan kali ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Negara Kanan Pertahanan Singapura merangkap pemangku Menteri Pendidikan, Ong Ye Kung serta tokoh-tokoh politik yang lain, di samping tokoh perniagaan, pihak media, para perwakilan dari pelbagai kedutaan besar negara asing di Singapura, syarikat China, orang keturunan Cina, perantau China dan pelajar China.

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong dalam ucapan tahniahnya mengimbas kembali kemajuan yang berjaya dicapai dalam proses pengembangan hubungan China dengan Singapura sejak 67 tahun yang lalu.

Ketika menyebut hubungan kedua-dua negara, Chen Xiaodong berkata, pembinaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama yang mantap antara China dengan Singapura, bahkan Singapura memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan inisiatif tersebut.

Selain itu, selaku projek kerjasama antara kerajaan China dan Singapura yang ketiga, projek rintis kesalinghubungan strategik yang bakal dilaksanakan di bandar Chongqing, barat daya China juga memberikan dimensi baharu kepada perkembangan hubungan dua hala.

Chen berharap agar Singapura dapat terus memainkan peranan positif dan mengambil langkah-langkah yang praktikal untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China