Cari:
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan RRC Kedutaan Besar China di Jakarta
2016-09-27 14:19:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kedutaan Besar China di Indonesia dan Misi Diplomatik China ke ASEAN mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-67 penubuhan Republik Rakyat China (RRC) di Hotel Shangri-La Jakarta pada malam 26 September lalu.

Majlis sambutan tersebut turut dihadiri Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng, Duta China ke ASEAN, Xu Bu, Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dan Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Rini Soemarno serta wakil-wakil dari pelbagai kedutaan besar negara asing di Indonesia, orang keturunan Cina, perantau China dan syarikat China.

Xie Feng dalam ucapan tahniahnya berkata, dasar diplomatik China akan terus berorientasikan rantau ASEAN, memberikan sokongan bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib dan terus menyokong fungsi pusat ASEAN dalam kerjasama serantau. China bersedia untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN, termasuk Indonesia untuk mempergiat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih makmur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China