Cari:
Yingluck Didenda USD1 Bilion
2016-09-27 14:46:50 CRI Cetak

Baru-baru ini, kerajaan Thailand memaklumkan mantan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra akan dikenakan denda sebanyak USD1 bilion.

Cadangan denda itu dikemukakan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tentera Thailand berikutan berlakunya kerugian dalam skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa tempoh perkhidmatan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand. Kerugian tersebut dilaporkan mencecah hingga berbilion dolar Amerika.

Menurut media, denda sebanyak USD1 bilion itu hanya 20 peratus daripada jumlah kerugian negara tersebut. Menurut skim subsidi beras itu, kerajaan akan membeli beras daripada para petani dengan harga dua kali ganda berbanding dengan harga pasaran.

Yingluck Shinawatra turut menafikan dakwaan terhadapnya dan mempertahankan bahawa skim beras tersebut merupakan subsisdi yang perlu untuk membantu para petani miskin yang selama ini menerima keuntungan kecil daripada kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China