Cari:
ASC ke-11 di Kuala Lumpur Tutup Tirai
2016-09-28 15:41:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) ke-11 yang berlangsung selama enam hari di Kuala Lumpur telah menutup tirai pada hari ini.

Sepuluh negara anggota ASEAN telah menghantar pasukan masing-masing untuk bertanding dalam ASC yang membabitkan 25 bidang kemahiran.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Datuk Dr Pang Chau Leong, yang mewakili pihak penganjur, dalam ucapan tahniahnya berkata, ASC diyakini dapat membantu menggalakkan pembangunan modal insan di rantau ASEAN dan meningkatkan daya saing industri berkenaan.

Huang Ying, Ketua Pengarah Jabatan Koordinasi Komprehensif Pusat China-ASEAN memuji penganjuran ASC dan menyatakan bahawa China dan ASEAN memerlukan lebih banyak modal insan berkemahiran tinggi berikutan pembinaan komuniti ASEAN dan penaiktarafan serta transformasi ekonomi yang sedang giat dilaksanakan di China pada ketika ini. Selain itu, prospek kerjasama pendidikan vokasional antara kedua-dua pihak boleh dikatakan amat cerah pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China