Cari:
MH17: Malaysia Mahu Tindakan Tegas Diambil
2016-09-29 15:32:41 CRI Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.

Tambah beliau, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) telah membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia dan tembakan itu dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemberontak.

Berdasarkan dua dapatan ini, Malaysia mahu tindakan tegas diambil dan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ini mesti dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia, katanya, akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan Belanda dan Australia untuk membincangkan langkah selanjutnya.

MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

(sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China