Cari:
Filipina dan Vietnam Mahu Kukuhkan Perkongsian Strategik
2016-09-29 11:29:26 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte selamat tiba di Hanoi, malam semalam untuk memulakan lawatan rasmi ke Vietnam selama dua hari.

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Duterte selepas menyandang jawatan Presiden. Sebelum bertolak, Duterte sempat berkata, lawatannya bertujuan untuk meningkatkan hubungan perkongsian strategik dengan Vietnam.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Filipina-Vietnam dan juga tahun kedua bagi kedua-dua negara tersebut menjalinkan perkongsian strategik.

Menurut maklumat dari Kementerian Luar Vietnam, Duterte akan mengadakan rundingan dengan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang dan bertemu dengan pemimpin negara dan parti Vietnam yang lain. Menurut media, kedua-dua pihak akan membincangkan kaedah kerjasama dua hala dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi, perdagangan dan pelaburan, di samping bertukar-tukar pendapat mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China