Cari:
Penerbangan Terus Guangzhou-Melaka Mula Beroperasi
2016-09-30 11:07:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penerbangan terus dari bandar Guangzhou, provinsi Guangdong ke Melaka, Malaysia telah beroperasi secara rasmi pada 29 September lalu. Penerbangan terus tersebut merupakan penerbangan pertama dari China ke Melaka yang ditawarkan oleh Syarikat Penerbangan Selatan China (CSAir).

Penerbangan Guangdong-Melaka yang menggunakan pesawat Boeing A319 itu akan beroperasi lima hari sekali. Kini, CSAir turut menyediakan penerbangan berkala dari Guangzhou dan Changsha, provinsi Hunan ke Kuala Lumpur, Sabah dan Pulau Pinang, Malaysia.

CSAir Guangzhou telah memperkenalkan 20 laluan penerbangan ke rantau Asia Tenggara pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China