Cari:
Populasi Singapura Hampir 5.61 Juta
2016-09-30 14:10:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah penduduk Singapura secara keseluruhan telah mencecah hampir 5.61 juta orang, iaitu meningkat 1.3 peratus dalam tempoh setahun yang lalu. Setakat bulan Jun tahun ini, jumlah penduduk tempatan masih menduduki 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk, mencatat kira-kira 3.41 juta orang, meningkat 1 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Demikian maklumat dalam Buletin Populasi 2016 Singapura yang dikeluarkan oleh Bahagian Populasi dan Bakat Kebangsaan Singapura baru-baru ini.

Difahamkan, terdapat 20,815 imigran telah menjadi warganegara Singapura pada tahun 2015. Menurut buletin tersebut, kerajaan merancang untuk mengimport 15 ribu hingga 25 ribu imigran baharu untuk menjadi warganegara Singapura setiap tahun bagi mengelakkan berlakunya kemerosotan populasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China