Cari:
Interaksi China, Filipina Buahkan Hasil
2016-09-30 14:38:20 CRI Cetak

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua menyatakan bahawa sejak Rodrigo Duterte menyandang jawatan Presiden Filipina, China dan Filipina telah berinteraksi dengan baik, dan hubungan kedua-dua pihak dijangka akan pulih dan berkembang semula.

Menurut Zhao Jianhua, China dan Filipina perlu mengutamakan kerjasama dalam polisi komunikasi, infrastruktur, perdagangan, pelaburan dan pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat.

Tambah Zhao lagi, asalkan kedua-dua negara bersedia untuk menyelesaikan perselisihan melalui dialog dan rundingan serta komited untuk mencari lebih banyak kepentingan bersama, sudah pasti hubungan bilateral akan kembali jernih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China