Cari:
China dan Brunei Rai Ulang Tahun ke-25 Hubungan Diplomatik
2016-09-30 15:42:36 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Sultan Brunei Darussalam, Haji Hassanal Bolkiah hari ini saling mengutus kawat tahniah untuk meraikan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Dalam kawat tahniah tersebut, Presiden Xi menyatakan bahawa mempunyai sejarah hubungan persahabatan antara China dan Brunei sudah wujud sekian lama. Sejak hubungan diplomatik dijalinkan pada 25 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara berkembang dengan sihat dan pesat. Rasa saling mempercayai dalam bidang politik terus meningkat dan kerjasama dalam pelbagai bidang lain diperkasakan dengan stabil. Selain itu kedua-dua pihak terus memelihara penyelarasan dan sinergi yang erat dalam urusan serantau dan antarabangsa. Kedua-dua negara mengekalkan prinsip saling menghormati dan sama rata dalam mengembangkan hubungan bilateral, yang menjadi teladan bagi mewujudkan hubungan negara besar dan kecil yang saksama, saling menguntungkan dan menang-menang.

Pada tahun ini, China dan Brunei telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan rakyat. China bersedia untuk bersama-sama dengan Brunei mewarisi persahabatan tradisional, mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dan terus memperkasakan hubungan kerjasama strategik supaya membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat dan juga memberikan sumbangan yang lebih besar kepada kedamaian dan pembangunan rantau ini.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam kawat tahniahnya menyatakan bahawa kedua-dua negara mengekalkan hubungan saling mempercayai dalam jangka masa yang panjang, komited untuk mencipta masa depan yang cerah dan menaiktaraf hubungan bilateral kepada status kerjasama strategik. Beliau yakin kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang akan terus mendorong perkembangan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China