Cari:
Lawatan Armada China ke Myanmar Galakkan Kedamaian Serantau
2016-10-01 15:40:56 CRI Cetak

Dua buah kapal tentara laut China yang baru menamatkan misi perlindungan pelayaran di Teluk Aden tiba di Myanmar pada 30 September lalu untuk memulakan lawatan di Pelabuhan Thilawa, Yangon.

Inilah kali kedua bagi armada tentera laut China membuat lawatan ke Myanmar seleaps tahun 2014. Lawatan ini dianggap tindakan untuk mempererat persahabatan tradisional antara China dan Myanmar serta tentera kedua-dua negara, di samping menggalakkan kedamaian serantau.

Difahamkan, lawatan kumpulan ke-23 armada China ini bertujuan untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pucuk pimpinan tentera kedua-dua negara sebelum ini, iaitu "meningkatkan komunikasi strategik, memperkasa kerjasama pragmatik dan memperkayakan konotasi perkongsian strategik komprehensif dua hala".

Armada tentera laut China akan mengakhiri lawatan di Myanmar pada 4 Oktober depan. Selepas itu, armada itu juga akan membuat lawatan ke Kemboja, Malaysia dan Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China